Wednesday, September 18, 2013

Pizza Roti Putih - Sosej & Ayam

Assalamualaikum....
Jam 4 pagi saya sudah bangun (tak tido pun sebenarnya) untuk menyiapkan makanan permintaan anak2. PIZZA! Lama sungguh mereka minta saya buatkan pizza. Saya sudah pun membeli keju mozarella sejak minggu lepas. Tapi, kerana tuntutan tugas lain, terpaksa saya KIVkan dulu permintaan anak. Anak nombor 4 saya, Hijaz, hari2 bertanya, "Bila umi nak buat pizza?" Dan, hari ini, saya ada sedikit kesempatan waktu untuk menyiapkan permintaan mereka. Tidur, ku korbankan... uhuk...uhuk...uhuk.... Kalau tidak, ada yang merajuk nanti!


Pizza yang ringkas dan mudah. Ada sedikit rasa malas untuk menguli tepung, walaupun ia merupakan kerja breadmaker. Jadi, saya hanya menggunakan roti putih Gardenia sahaja. Mudah! Yang penting, PIZZA!

Mari lihat bahan-bahannya:


10 keping roti putih Gardenia - saya buat 2 dulang
Sos pasta asli ADABI
Ayam kisar - masak seketika bersama lada sulah dan oregano
Sosej - direbus
1/2 biji cili benggala hijau
3 biji cendawan butang
Keju mozarella
Keju keping
Herba oregano (tiada dalam gambar, sian dia. Lupa nak pose sekali, huhuhuhu)
Nenas dalam tin, dipotong kiub
Mayonis / Thousand Island Sos

Cara membuatnya:
- Sapukan loyang dengan butter.
- Susun roti memenuhi loyang seperti dalam gambar dibawah.


- Sapukan roti dengan sos pasta asli ADABI


- Letakkan bahan2 lain seperti ayam kisar, sosej, cili benggala, cendawan butang.
- Koyak2kan keju keping, letak di atas permukaan pizza.
- Taburkan dengan keju mozarella secukupnya. Nak lebih banyak pun boleh.
- Taburkan dengan sedikit herba oregano.
- Pipekan mayonis/ thousand islan sos atas permukaan pizza.

Saya buat 2 dulang. 1 dulang letak mayonis, tanpa cili benggala untuk anak2.
1 dulang lagi untuk saya dan en. suami terchenta!

- Bakar selama 5-10minit pada suhu 175 darjah celcius, atau sehingga keju mencair.
- Nikmatinya di saat ia masih panas..... dan yummmy!

 Pizza roti edisi kanak-kanak

  Pizza roti edisi dewasa :-)

Selamat mencuba bagi mereka yang belum pernah mencubanya. Mudah, ringkas dan sedap! :-)

Wednesday, September 11, 2013

Pankek bersama Sos Coklat

Assalamualaikum....
Jumpa lagi kita di halaman ini
Saya buat pankek a.k.a lempeng ini atas permintaan anak ke-2 saya. Dia cukup gemar makan dan gemar menolong di dapur. Masa buat pankek ni pun dialah orang paling sibuk mahu menolong. Tak perlu la kot untuk muqadimah panjang lebar. Terus pada resepi ok! :-) Resepi mudah, semua orang mampu membuatnya.


PANKEK bersama SOS COKLAT
Bahan2 pankek:
250 gm tepung gandum
1 sdt soda bikarbonat
Secubit garam
50gm gula kastor
2 biji telur
500 ml susu segar
60 gm mentega cair

Cara-cara:
- Satukan semua bahan dalam mangkuk, sebatikan.
- Panaskan kuali leper, oleskan mentega, tuang adunan satu senduk.
- Biarkan seketika sehingga kedua2 belah masak.
- Ulang sehingga adunan habis.

- Enak dimakan bersama sos coklat.

SOS COKLAT
2 ketul dark chocolate
150ml susu segar
1 sdt butter
- Panaskan coklat secara double boiler, biarkan coklat cair.
- Masukkan susu dan butter. Kacau sebati.

Sekian resepi ringkas buat waktu ini...... :-)

Wednesday, September 4, 2013

Caramel Chocolate Cake

Assalamualauikum.....
Atas permintaan beberapa orang sahabat di FB minta saya updatekan resepi caramel chocolate cake ini, maka diturutkan jua. Keadaan agak kurang selesa sedikit. Mouse saya bermasalah. Tunggu tuannya free, baru dapat ganti mouse baru. Tuannya sedag sibuk dgn camping KRS dia. Sabo je la.

Okey, tak mahu buang masa bebel panjang2. Tau dah, bukan ada orang nak baca pun. Meh kita usha resepi caramel chocolate cake ni.



CARAMEL CHOCOLATE CAKE (loyang 8x8 inci)
Langkah (1)
3 sdm gula pasir
- masukkan gula dalam loyang
- letakkan loyang atas api yang sederhana, tunggu seketika sehingga gula hancur dan mula perang, jgn sampai hangus sgt, nanti pahit!
- golek2kan loyang, ratakan gula hangus di seluruh permukaan loyang. Ketepikan.

Langkah (2)
Bahan2nya:
2 biji kunig telur
1 biji telur
1 tin susu cair
150 ml air
75 gm gula castor - bergantung pada kemanisan yg anda gemar. Suka lebih manis, boleh tambah gula. Saya hanya gunakan 3 sdm sahaja.
1 sdt esen vanilla
1 sdb tepung kastard.
- Satukan semua bahan dalam blender, kisar sehingga berbuah dan sebati.
- Tapiskan bahan kisar ke dalam loyang tadi.
- Kukus seketika dalam 5 minit.

Langkah (3)
Pada langkah ini saya suka menggunakan resepi kek coklat lembap dari sahabat FB saya, kak Marizah Miza
Bahan2nya:
(A)
2 cwn tpg gandum
1 sdt baking powder
1 sdt soda bikarbonat
- ayak semua bahan, ketepikan

(B)
1 cwn serbuk koko
1 cwn gula perang
1 cwn susu pekat
1 3/4 cwn susu cair
1 cwn minyak jagung
- satukan semua bahan ini. Panaskan atas api sederhana sehingga gula larut. Ketepikan

(C)
2 biji telur
1 sdt esen vanilla
- pukul telur dgn whisk je hingga agak berbuih, masukkan esen vanilla.

Cara seterusnya:
- Masukkan B ke dalam mangkuk C. Sebatikan.
- Masukkan A sikit2 sambil sebatikan. Terus mengacau sehingga semua bahan larut dan sebati.
- Masukkan bancuhan ini ke dalam loyang karamel tadi. Tuang perlahan2 supaya puding karamelnya tak pecah. Kek coklat bukan seperti kek karamel biasa. Kek ini agak berat, jadi memang kena pastikan tuang dgn perlahan.
- Bakar teknik steam-bath pada suhu 160 darjah celcius, selama 45 hingga sejam.

- Dah masak, biarkan ia sejuk, baru terbalikkan loyang.

Yang ni kita saje je curah cairan coklat...... hehehe

Sebelum buat semua langkah di atas, panaskan oven pada suhu 160 darjah celsius. Kenali Oven anda.
Selamat mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...