Tuesday, April 17, 2012

Kek Lobak Merah Chocolate chip

Salam semua.....
Entry pasal kek pulak ye. Hai.... panjang la pulak nama kek ni..... Orang lain lama dah buat kek ni. Saya pulak baru pertama kali mencubanya. Bukan tak nak cuba sebelum ni, tapi tiap kali nak buat kek ni, beli je lobak merah, pasti si lobak habis dibuat sayur. Tak sempat nak mengekek. Kali ni, saya tekad..... nak juga mengekek dengan si lobak merah. Meskipun lobak merah di peti sejuk tinggal 3 batang, tak danya saya peduli. Habis, beli la lagi, kan?

Resepi asal untuk kek ini saya dapat dari seorang teman dari FB Hidangan Sedap, kak Reen Khan Shariff. Tapi ada buat penambahan sikit. Simple sangat membuatnya. Saya tak guna mixer pun, cuma kisar dengan blender dan kacau guna senduk kayu je. Malas nak keluarkan mixer pun iyer... Hihihihi....

Tak secantik orang lain punya, Tapi serius, kek ni memang sedap.
Jom tengok resepi;
Sumber Asal : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=411559848854954&set=o.158397134229582&type=1&theater

Bahan-bahan:
1 batang lobak merah - dipotong kecil
1 batang lobak merah - dihiris halus (saya parut)
1 cawan minyak masak (saya guna minyak jagung Daisy)
1 cawan gula halus (saya guna gula perang, sebab gula halus habis)
3 biji telur
*2 cawan tepung gandum
*1 sdt baking powder
- ayak bahan bertanda *
1 cawan chocolate chip (ini kak reen tak guna, saje saya tambah)
Sedikit emping jagung sebagai hiasan atas (ini pun kak reen tak guna, saje saya tambah)

Cara-cara membuat:
- Kisar lobak yang telah dipotong kecil bersama minyak, gula dan telo sehingga lobak hancur. Masukkan dalam mangkuk besar.
- Masukkan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit, kacau rata dan sebati.
- Parutkan lobak merah ke dalam mangkuk adunan tadi. Gaul sebati.
- Masukkan chocolate chip, gaul rata lagi.
- Sediakan oven pada suhu 160-170 darjah celcius (bergantung pada oven masing2)
- Sapukan loyang dengan mentega sehingga rata, dan taburkan tepung. Nak lapik guna baking paper pun boleh. Saya tak de baking paper.
- Masukkan adunan dalam loyang pembakar, dan bakar selama 20-30minit. Sebelum bakar, hiaskan permukaan atas kek dengan lebihan chocolat chip jika suka. Saya tambah emping jagung sikit sebagai hiasan atas. Saje jer..... :-)

* Nak buat kek cawan pun boleh, masukkan je dalam paper cup. Kek ini juga boleh dicampur dengan buah-buahan campuran atau kismis kalau tak minat dengan chocolate chip.

Baru lepas keluar oven..... Aromanya, aduhai.... satu rumah ok!
Carrot Cake!
Mudah je sebenarnya nak membuatnya. Terpulang pada kerajinan juga sebenarnya. Kalau penyakit M datang, saya rasa, saya pun malas kot nak buat. Selama ni dok sibuk nguli tepung untuk roti, nak cuba buat kek yang lain, tak sempat.... dan bila dah penat, memang la malas. Tapi, sebab hari ni tak uli tepung, saja rajinkan diri mencubanya walaupun agak terlewat berbanding orang lain. :-)

Friday, April 13, 2012

Roti Daging Berkeju

Salam pagi Jumaat.....
Sekali lagi, sepi pula halaman ini. Dan baru inilah ada masa untuk mengupdate sesuatu di sini. Sekali lagi, roti.... roti, roti dan roti...... Muka empunya blog pun dah naik macam gebu roti.....

Roti daging berkeju ini merupakan salah satu punca side income keluarga saya. Ramai yang menggemarinya. Dan tiba-tiba hati terusik untuk berkongsi resepi ini dengan semua.


Bahan-bahan untuk doh roti:
500gm tepung berprotien tinggi (tepung roti)
2 sdb tepung susu
100 gm gula halus
1 sdt garam
1 sdt bread softener
1 biji telur
250 ml air bertapis (kalau uli guna tangan gunakan air suam)
11 gm yis
2 sdb mentega lembut

Cara
- Saya guna bread maker (BM), jadi saya masukkan je semua bahan dalam BM, dan biarkan BM jalankan operasinya selama 1 jam 30 minit.

- Untuk yang tiada BM, caranya, satukan air suam dengan yis. Biarkan seketika.
- Satukan bahan2 kering seperti tepung, gula, susu tepung, garam, bread softerner dalam satu bekas. Sebatikan.
- Masukkan telur, gaul rata, dan masukkan air suam yang telah bercampur dengan yis tadi. Adun sehingga menjadi doh kasar.
- Masukkan mentega, dan terus menguli sehingga menjadi doh yang lembut, licin dan anjal. Biasanya, untuk menguli menggunakan tangan, tempoh menguli saya ialah 45 minit, atau kadang2 sehingga satu jam. (Pitam!) Tip dari saya: Masukkan bancuhan doh tu dalam plastik yang bersih, dan lenyek2kan doh tu sehingga dapat seperti doh yang kita kehendaki. Pastikan benar2 anjal dan licin. Bila uli dalam plastik, doh lebih bersih dan lembut, kerana kita tidak perlu bermain bermain dengan tepung. Tangan pun bersih jer. :-)
- Biarkan doh naik sekali ganda, biasanya lebih kurang 1 jam.
- Selepas 1 jam, tumbuk2kan doh untuk membuang angin. Dan bahagikan doh, beratnya 60gm. Untuk bancuhan ini boleh dapat lebih kurang 15-16 biji roti.

Bahan untuk inti daging:
Sediakan bahan inti ketika doh dalam proses mengembang
1 keping daging kisar (saya gunakan daging kisar Ramly)
3 biji bawang holland - dipotong dadu kecil
1 sdb serbuk rempah kari daging
1 sdb serbuk rempah kurma
1 sdb butter
Sedikit Italian Herbs (optional)
2 cawan air ( lebih kurang)
Garam dan gula sebagai bahan perasa
2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
Hirisan daun sup dan daun bawang

Cara membuatnya:
- Panaskan kuali, masukkan butter. Biarkan ia mencair.
- Masukkan bawang holland yang telah dipotong dadu. Kacau sehingga naik bau.
- Masukkan daging kisar, kacau rata.
- Masukkan pula rempah kari dan rempah kurma, kacau rata dan terus tambahkan air sedikit demi sedikit sambil mengacau. Sekiranya air kurang, boleh ditambah. Biarkan daging masak sehingga empuk.
- Taburkan dengan Italian Herbs, Kacau lagi.
- Apabila daging sudah masak, biarkan sehingga daging kelihatan kering. Tambahkan perasa garam dan gula.
- Tambahkan jus limau. Dah betul2 kering, tutup api, dan taburkan dengan hirisan daun bawang dan daun sup.





Bahan Hiasan:
Keju keping (dipotong 4 bahagian)
Mayonis

Untuk membuat roti daging:
- Ambil seketul doh kecil (60gm). Bulat2kan dan leperkan di atas tapak tangan. Boleh juga menggunakan penggelek.
- Masukkan inti daging tadi, dan tutup kembali dengan kemas.
- Letakkan ia di dalam aluminium cup atau paper cup. Nak letak terus atas dulang pembakar pun boleh.
- Ulang dan siapkan sehingga ke doh yang terakhir.
- Setelah semuanya selesai, biarkan doh sekali lagi sehingga ia naik dua kali ganda.
- Dan setelah doh mengembang sepenuhnya, boleh sediakan oven. Panaskan oven lebih kurang 5-10 minit. Sementara menunggu oven panas, potong keju keping dan letakkan keju diatas roti.
- Taburkan dengan Italian Herb (jika mahu)
- Dan bakar roti dengan suhu 175 darjah celcius selama 15-20 minit. (Bergantung pada oven masing2)
Boleh juga sapukan kuning telur sebelum dibakar (jika mahu).


- Selesai membakar roti, keluarkan dan terus sapukan roti dengan mentega atau marjerin supaya roti kelihatan cantik dan berkilat.
- Picitkan mayonis kegemaran. (masukkan dalam plastik, dan gunting bucu plastik)
- Sedia untuk menikmatinya. :-)

Selamat mencuba!

Sunday, April 1, 2012

Roti Kopi ~ Mexican Bun lagiiiii

Hari ini agak free, sebab tiada bancuhan roti yang banyak untuk jualan. Tekak sangat teringin nak makan roti kopi. Hari tu pegi Tesco, lalu depan kedai bakery dia, alahai..... rasa nak beli je roti kopi. Tapi, memandangkan yang kita ni pernah buat dan boleh buat sendiri, terus tak jadi nak beli. Selain tu, rasa was-was dengan kek dan roti Tesco pun masih ada. Kalau ada halal, cuba la letak sijil HALAL JAKIM ke.... tidaklah pengguna Muslim ni ragu2, kan?

Sebenarnya, saya pernah buat roti ni tahun lepas. Makanya, dah hampir setahun la saya tak makan roti kegemaran saya ni. Sibuk sangat sejak akhir2 ni, sampaikan nak buat roti kegemaran pun tak sempat. Masa entry roti boy yang dulu, saya menggunakan resepi dari Diana @ MyResepi. Tapi untuk kali ni, bahagian doh manis dan topping saya ubah sikit.


Meh tengok resepi

Bahan untuk inti:
100 gm mentega tanpa garam
1/4 sdt esen vanilla
35 gm gula perang
(sama denga resepi Diana)

Cara
- Pukul mentega hingga kembang, masukkan gula perang dan esen vanilla. Pukul lagi sehingga sebati. Dah siap, simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Bahan untuk doh:
500 gm tepung roti
2 sdb tepung susu
100 gm gula halus
1 sdt garam
1 sdt bread softener
1 biji telur
250 ml air bertapis (kalau uli guna tangan gunakan air suam)
11 gm yis
2 sdb mentega lembut

Cara
- Saya guna bread maker (BM), jadi saya masukkan je semua bahan dalam BM, dan biarkan BM jalankan operasinya selama 1 jam 30 minit.

- Untuk yang tiada BM, caranya, satukan air suam dengan yis. Biarkan seketika.
- Satukan bahan2 kering seperti tepung, gula, susu tepung, garam, bread softerner dalam satu bekas. Sebatikan.
- Masukkan telur, gaul rata, dan masukkan air suam yang telah bercampur dengan yis tadi. Adun sehingga menjadi doh kasar.
- Masukkan mentega, dan terus menguli sehingga menjadi doh yang lembut, licin dan anjal. Biasanya, untuk menguli menggunakan tangan, tempoh menguli saya ialah 45 minit, atau kadang2 sehingga satu jam. (Pitam!) Tip dari saya: Masukkan bancuhan doh tu dalam plastik yang bersih, dan lenyek2kan doh tu sehingga dapat seperti doh yang kita kehendaki. Pastikan benar2 anjal dan licin.   Bila uli dalam plastik, doh lebih bersih dan lembut, kerana kita tidak perlu bermain bermain dengan tepung. Tangan pun bersih jer. :-)

- Biarkan doh naik sekali ganda, biasanya lebih kurang 1 jam.
- Selepas 1 jam, tumbuk2kan doh untuk membuang angin. Dan bahagikan doh, beratnya 60gm. Untuk bancuhan ini boleh dapat lebih kurang 15-16 biji roti.



Bahan untuk topping 
Untuk bahan ini, ada sedikit yang saya ubah.

200 gm mentega lembut
160 gm gula halus (saya guna 80gm je gula halus sebab saya tambahkan 80 gm lagi gula perang. Kes tak cukup gula halus dan malas blend! hehehe)
3 biji kuning telur
1 sdb Nescafe yang telah dicampur dengan 1 sdb air panas. (derhaka lagi sbb tak mo kasi rasa pahit)
1 sdt emulco coffee
200 gm tepung gandum, diayak

Cara
- Pukul mentega bersama gula sehingga kembang, ringan dan lembut.
- Masukkan kuning telur sebiji demi sebijik, dengan speed mixer yang perlahan
- Masukkan campuran Nescafe dan emulco coffee, sebatikan.
- Masukkan tepung gandum yang telah diayak. Sebatikan, dan masukkan dalam piping bag, atau plastik je pun ok. Simpan dalam peti sejuk untuk bekukan.


Cara buat roti kopi:
- Bahagikan doh manis, timbang seberat 50gm. Bulat2kan, dan leperkan atas tapak tangan. Masukkan inti, dan tutup dengan kemas. Pastikan tutup dengan kemas ye, kalau tak nanti ia akan meleleh keluar.
- Susun atas dulang pembakar yang telah disapu dengan mentega / marjerin. Biarkan ia kembang selama lebih kurang 45minit.
- Bila dah kembang, pipekan topping kopi atas doh roti tadi secara spiral.

Begini la keadaannya bila dah pipekan topping.
Sumber gambar dari entry roti kopi

- Sambil spiralkan topping atas doh, bolehlah dipanaskan oven. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 15-20minit.



Sebenarnya, saya sedang mencari rahsia topping dari roti boy tu.....
Sekian!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...