Saturday, March 24, 2012

Puree Kari Ayam

Assalamualaikum.....
Hari ini masak lain sikit sebagai hidangan tengahari. Kunun nak masak nasi la juga. Sekali tengok, beras habis. Alahai.... macam mana boleh lupa nak kabo pada big boss yang beras dah habis ni. Kari ayam pulak sedang dimasak. Fikir punya fikir....  ah... puree je la.....

Maka, jadilah puree sebagai hidangan tengahari saya anak beranak. Saya belajar buat puree dari MIL saya. Boleh guna tepung atta juga, tapi saya lebih suka guna tepung gandum... Mari, lihat resepinya bagaimana.


Bahan-bahan puree:
4 cawan tepung gandum
2 sdb marjerin
Air secukupnya

Caranya- Gaulkan tepung bersama marjerin, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh seperti doh capati.
(Lihat gambar dibawah)

 Doh yang telah siap akan jadi seperti ini.

Dan bulatkan doh kepada bentuk yang kecil seperti ini.

 Leperkan doh dengan penggelek. Jangan tebal sangat..

 Goreng doh puree dalam minyak yang betul2 panas
(Sila abaikan kuali yang dah digunakan selama 10 tahun itu :-))

 Puree akan mengembung dengan sendirinya dalam minyak panas tu....
Hati2 ye :-)

Dan hasilnya..... Memang superb la!

Untuk kuahnya, boleh dibuat mengikut kegemaran masing2. Sama ada kurma atau kari. Untuk kali ini saya menggunakan kuah kari ayam sahaja. Mudah! Kalau dapat kari daging ke.... mak eh.... sungguh, saya akan jadi ular sawa sebab akan makan bertambah2. Hahahahah.....

Selamat mencuba!

Monday, March 19, 2012

Mocha Buttermilk Bun / Roti Mentega Susu dengan Mocha

Assalamualaikum semua.....
Masih ada lagi ke pengunjung dapur saya ini ye? :-) Tak kisah la sama ada masih dikunjungi atau tidak, saya tetap mahu menyimpan resepi di sini.

Sudah lama rasanya saya tidak updatekan tentang roti. Sejak berniaga roti kecil-kecilan ni, rasa tak menang tangan mahu update blog. So, hari ini mahu update resepi rahsia perniagaan saya.... hihihii.... Sebenarnya, resepi roti buttermilk ni saya pernah letak di entry lepas. DI SINI... Tapi untuk kali ini, dohnya saya ubah dengan cara lain. Tak ikut doh seperti yang tertera pada entry lepas. Mari kita lihat bahan2 dan cara membuatnya.


Bahan-bahan:
500gm tepung berprotien tinggi
250ml air suam
11gm yis (1 peket)
50gm telur (1 biji)
100gm gula
1 sdt garam
1 sdt bread softerner
1 sdt bread improver (optional - saya tak guna pun, sejak tak jumpa yang ada tanda HALAL JAKIM)
30gm tepung susu
30gm mentega (saya guna Buttercup)
- Kalau nak dohnya berperisa kopi/ mocha/ cappucino, boleh tambahkan 1 sdt cappucino / coffee emulco ke dalam bancuhan doh.

Cara membuat doh:
Cara 1:
- Satukan air suam dan yis segera dalam satu bekas.
- Dalam bekas lain, pecahkan telur, dan kacau.
- Dan dalam mangkuk lain yang lebih besar, satukan bahan kering, sebatikan. Kemudian, masukkan telur, dan masukkan juga bancuhan air dengan yis tadi. Gaul ia sehingga membentuk doh kasar.
- Masukkan mentega, dan uli doh sehingga mentega sebati.
- Masukkan doh dalam plastik, dan terus menguli sehingga doh dalam keadaan anjal dan licin. Biasanya, saya akan uli doh selama 1 jam atau 1 jam 15 minit.

Tip: Uli doh di dalam plastik sebenarnya untuk mengelakkan tangan kita banyak bermain dengan tepung. Jika tepung terlalu banyak, roti kemungkinan akan menjadi keras dan tidak lembut. Ia juga akan membuatkan segala kerja2 kita lebih bersih :-) Oh, tip ini saya dapat dari seorang sahabat istimewa di RH, sapa lagi, kak Asniza.

- Selepas selesai menguli selama 1 jam, rehatkan doh. Tutup doh dengan plastik. Dan biarkan doh kembang untuk dua kali ganda. Biasanya, ia akan mengambil masa 1 jam atau lebih.

- Selepas doh kembang, tekan2 doh untuk membuang segala angin yang berada di dalam doh. Dan bolehlah menjalankan proses membentuk doh dan masukkan inti.

Cara 2:
- Untuk pengguna bread maker, masukkan air dan telur ke dalam BM anda. Kemudian, masukkan semua bahan kering termasuk mentega, dan akhir sekali baru masukkan yis. 'On'kan BM anda seperti biasa, dan biarkan BM jalankan tugas. Biasanya untuk membuat doh, BM akan mengambil masa 1 jam 30 minit.

- Selesai sahaja BM anda beroperasi, bentuklah doh ikut suka anda... :-)

Inti Mocha Buttermilk

100gm mentega tanpa garam (cairkan suhu bilik)
30ml susu pekat
70gm gula aising
sedikit garam
2 biji kuning telur
1 sdt cappucino/coffee emulco
120gm susu tepung (di ayak)

Cara membuat inti:
- Pukul mentega, susu pekat, gula aising dan kuning telur dalam satu bekas. Masukkana cappucino emulco. Apabila semuanya sudah nampak sempurna, masukkan susu tepung. Gaul lagi sehingga ia benar2 sebati.

- Masukkan inti ke dalam doh tadi. Susun di atas dulang pembakar.
- Biarkan sehingga doh roti kembang sekali lagi. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 15 minit. (Suhu oven bergantung pada oven masing2)



Untuk Hiasan:
- Panaskan coklat secara double boiler. Masukkan dalam plastik, dan lorekkan atas roti. Sila tunggu roti benar2 sejuk untuk hiasan coklat ini.....

Selamat mencuba!

Sunday, March 18, 2012

Red Velvet Swissroll

Heheheheh....
Pakar2 kek mesti rasa nak gelak, kan. Saya ubah RVC tu pada swissroll. Sebenarnya, ini percubaan saya membuat RVC dalam bentuk swissroll. Jangan gelakkan saya sebab ini hanya percubaan sahaja, dan tak sangka ia sedap juga dengan cream cheese frosting yang rasa lemak masam2 manis tu. :-)

Sebenarnya, saya bukan penggemar kek butter, jadi, sesuka hati je saya mengubah resepi RVC ni pada kek swissroll. Boleh je, kan? Kita buat dia.... Heehheeeee....


Nak tahu ke cara saya bagaimana? Ok, saya kongsikan disini.... Bolehla mencubanya ye pada yang berkenan.

Bahan-bahan:
Bahan A
4 biji kuning telur
70ml minyak jagung
45ml air
70gm gula halus
*150gm tepung gandum
*1 sdt baking powder
*1 sdb serbuk koko
secubit garam
1 sdt esen vanilla

Bahan B
4 biji putih telur
50gm gula halus (boleh ditambah kalau suka pada rasa kek yang manis)

Bahan C - Buttermilk-
1 cawan susu segar/ susu cair + 1 sdb cuka makan / jus lemon - dibiarkan selama 10minit
1 sdb pewarna merah jambu / merah

Bahan D 
1 sdt cuka
1 st soda bikarbonat


Cara-cara membuatnya:
1. Ayakkan bahan bertanda * dari bahan A
2. Pukul kuning telur, gula halus, dan air sehingga gula larut. Masukkan minyak jagung dan esen vanilla.
3. Kemudian, masukkan bahan yang di ayak tadi sambil diselang-selikan dengan bahan C (buttermilk). Kacau sebati.
4. Dalam bekas lain, satukan bahan D. Habis sahaja buih, teruskan masukkan campuran ini ke dalam bancuhan tadi.
5. Pukul putih telur dari bahan B sehingga berbuih, masukkan gula danpukul lagi sehingga ia menjadi meringue.
6. Masukkan bahan B ke dalam bancuhan yang telah bercampur dengan tepung tadi dengan kaedah kaup balik.
7. Panaskan oven 170 darjah celcius.
8. Lapik dulang pembakar (saya guna saiz 26cm x 26cm) dengan kertas pembakar.
9. Isi dulang pembakar dengan bahan kek dan bakar selama 20minit.
10. Sejukkan dahulu sebelum digulung dengan krim pilihan.

Oleh sebab kek ini ialah RV, maka saya memilih utk gulungkan bersama cream cheese frosting. Saya dah update di entry RVC yang lepas. :-)

Monday, March 12, 2012

Red Velvet Cake (Volume I)

Assalamualaikum....
Lama betul ye dapur maya saya ni tak berasap. Tapi, dapur realiti tetap berasap tau. Jangan kata saya malas yer... Semenjak dua menjak ni, agak sibuk nak mencuba resepi2 baru dari internet. Tu yang dapur ini sunyi sepi tanpa di'update'. :-)

Hari ni dengan rasa bangga sekali, saya nak simpan sesuatu, apa yang saya buat minggu ni. Kununnya buat sempena hari anniversary yang dah lepas, di samping nak belajar sesuatu yang baru. Baru la bagi saya... Tapi, dah lama bagi orang lain. Saya dok perhati, ramai sangat orang dah mencuba kek ni. Dan ramai yang kata kek ni sesuai untuk meraikan hari2 istimewa. Jadi saya cuba la......

Hasil..... Red Velvet Cake

RED VELVET CAKE
Bahan-bahanA (bahan untuk diayak bersama) 
250g cake flour 
1 tsp baking powder 
1/2 tsp garam 
2 tsp koko powder 

B: 240 ml buttermilk (240ml susucair + 1 tsp cuka, biarkan 10 minit) 
2 tbsp pewarna merah - dicampur ke dalam buttermilk 

C: 113g butter 
300g gula castor 
2 bj telur gred A 
1 tsp vanila 

D: 1 tsp cuka 
1 tsp baking soda 

Kaedah: 
1. Pukul butter selama 2 minit. 
2. Masuk gula castor, pukul lagi 3 minit. 
3. Masuk telur sebiji sebiji. 
4. Masuk vanila 
5. Masukkan A - tepung dan buttermilk berselang seli. Mulakan dengan tepung, akhiri juga dengan tepung. 
6. Dalam bekas kecil, curahkan cuka ke atas baking soda (bahan D). Habis saja buih, terus curahkan ke dalam batter. 
7. Masukkan ke dalam 3 biji loyang 9". Bakar pada suhu 175g selama 30 minit. (saya boh dalam satu loyang, bila masak belah melintang). Sejukkan kek dahulu, baru belah.
Macam seram sikit tengok kaler dia selepas dicampurkan semuanya.... Heeeee.....

Ok, untuk keknya saya ambil resepi kak Sue Aleen dari Facebook beliau.

Untuk topping frostingnya, sebenarnya ada pelabagai versi, ada orang guna butter cream biasa tu, tapi, saya macam kurang berminat sebab tau dah buttercream ni, agak muak rasanya. Ada orang guna mascarpone cheese, tapi.... oh risikonya cheese ini agak mahal.... memang mahal pun. Dan susah nak dapat. Dan ada orang guna cream cheese. Saya memilih untuk menggunakan cream cheese sebagai frosting topping. Sedap dengan rasa masam2 manis dan lemaknya. :-)

 Deco yang amat sememeh..... Tak boleh lagi jual kek yang ada asas gini.
Kena perbaiki skill ni..... tangan keras. Nampak sangat kuah tidak tumpah sepenuhnya ke nasi.

Cream cheese frostingnya saya mengikut cara dari banyak blog, antara blog pilihan saya blog cik intanberlian dan blog kak Zuriani Alias.

 Untuk pertama kali, ok la, kan? :-)


Cream Cheese Frosting

500gm cream cheese
50gm butter
2 sudu besar perahan lemon @ lime
2 sudu besar esen vanilla
2 sudu besar susu segar
150gm gula ising


Caranya - pukul cream cheese dan butter sampai kembang. Dan masukkan bahan2 lain. Dan pukul lagi sehingga sebati dan berkrim.....

Boleh sapukan pada kek.
Hiaslah ikut kreativiti anda. Saya, bab mendeko kek masih gagal! Itu bermakna kuah masih belum tumpah sepenuhnya pada nasi... heheheheh....


Komen saya:
1. Saya suka rasanya apabila ada kombinasi dengan frosting cream cheese yang masam dan lemak tu, tapi hati2lah yer.... cream cheese tu.....

2. Saya sendiri tak pasti rasa kek ini yang sebenar macam mana. Jadi, tak dapat nak pastikan kek saya ini menjadi atau tidak....:-)

3. Next time, saya rasa nak buat kek ini dalam bentuk sponge cake pulak la.... Aci tak? Sebabnya, saya kurang gemar kek yang menggunakan butter ni. Hehehehe.....

Apapun, dengan usaha saya mencuba sesuatu yang baru ini, maka saya tidaklah dikatakan ketinggalan dalam mencuba resepi2 baru ye. Walaupun resepi dah lama ada, saya sebenarnya baru ada kesempatan untuk membuatnya sekarang. Alhamdulillah!

Sekian untuk kali ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...