Saturday, August 27, 2011

Biskut Almond Snow

Ini pertama kali saya membuat biskut ini. Inspirasi dari kak Sue Aleen dan Atun RH. Tapi resepi asal saya ambil dari blog kak Wan, terima kasih kak Wan.... 

Biskut Snow Almond

Bahan-bahan:
Bahan A
260 gm mentega
150 gm gula kastor
1 sdt esen vanilla
50 gram serbuk badam

Bahan B
300 gm tepung red rose (saya tak ada tepung ini, jadi, saya gunakan tepung gandum biasa jer)
50 gm tepung kastard
50 gm susu tepung
40 gm tepung jagung

Hiasan: coklat masakan dan breadcrumb putih (saya gantikan dgn serbuk horlick )



Cara-cara membuatnya:
- Pukul bahan A sehingga berkrim, masukkan bahan B dah uli sehingga menjadi doh.
- Canai dan terap dengan acuan yang disukai.
- Bakar pada suhu 140 darjah celcius selama 30 minit
- Sejukkan biskut dan celup pada coklat masakan yang dicairkan secara double boiler dan salutkan biskut pada breadcrumb putih.
- Simpan dalam bekas kedap udara.

 Rangup.... enak rasa coklat dan horlick!

Simpan dalam bekas cepat2..

Terima kasih sekali lagi pada kak wan! :-) Tahun depan cari lagi resepi biskut yg best.....

Thursday, August 25, 2011

Biskut Kacang Mazola

Satu lagi biskut kegemaran yang wajib ada masa raya, biskut mazola. Kenapa panggil biskut mazola? Sebab orang gunakan minyak jagung jenama Mazola. Tapi, saya tak gunakan minyak jagung mazola, saya gunaka minya jagung Vcorn. Jadi, namanya biskut Vcorn ke? :-)

Tak kisah la, yang penting asasnya ialah kacang tanah. Jadi, namanya biskut kacang tanah....

 Biskut Kacang Mazola


Bahan-bahan:
300 gm tepung gandum
1 cawan gula halus
1 cawan kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak dan dikisar halus
1 biji kuning telur
200 gm minyak jagung

Cara-cara:
- Gaulkan tepung gandum, gula halus, kacang tanah, kuning telur dalam satu bekas. Masukkan minyak jagung dan gaul sehingga membentuk doh.. Bulat2kan, dan letak atas dulang pembakar. Hiaskan dengan kacang tanah, dan sapu kuning telur.
- Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 30 minit.

Buat 2 bancuhan, dapat la penuhkan balang ni....
Macam tak cukup je.... kena bancuh lagi rasanya.

Ini biskut paling senang... silalah mencubanya yer... :-)

Tart Nenas

Seperti tahun lepas, tart nenas menjadi hidangan wajib di hari raya. Selalu beli je dengan ummi saya, tapi beberapa tahun kebelakangan ini, kuat betul hati nak buat sendiri. Jadi, tahun ni merupakan tahun kedua saya membuat tart nenas. 

Resepi saya, resepi dari seorang rakan RH, Atun. Terima kasih ye tun, 2 tahun berturut gunakan resepi Atun ni. Meh kita tengok resepinya macam mana...., disamping saya nak simpan di sini. Sebab simpan kat buku, asyik hilang jer. :-)

 Tart Nenas

Bahan-bahan:
  • 1 buku mentega (saya guna yang murah je, kalau nak lagi sedap boleh guna mentega Anchor atau SCS)
  • 1 cawan marjerin
  • 3/4 cawan tepung kastard
  • 1 biji kuning telur
  • 2 sdb gula kastor
  • 3 sdb susu tepung
  • tepung gandum secukupnya, ikut kelembutan.
  • Jem nenas (saya gunakan jenama NONA)
  • Kuning telur sebagai sapuan.

 Sebelum dibakar
Cara-cara:
- Pukul mentega, merjerin, gula kastor dan kuning telur sehingga kembang dan berkrim
- Masukkan tepung kastard dan pukul lagi
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, juga susu tepung dan uli mengikut kelembutan yang diperlukan. (Untuk step ni, saya gunakan tangan je)
- Terap menggunakan acuan tart, letak jem, sapu kuning telur dan bakar pada suhu 170 darjah celsius, selama 30-40 minit (mengikut kesesuaian oven anda).

Tart nenas ni mempunyai peminatnya tersendiri. Rasa macam tak lengkap Aidilfitri tanpa tart nenas... Hehehe... Penting tau! Eceh..... kunun!

Siap untuk dimakan di hari lebaran.... hidang dalam pinggan je ke?
Uhuk.... bekas kuih raya tak do!

Dapat sebalang jer.... macam tak cukup. 
Nampak gaya kena beli bahan buat satu bancuhan lagi... Ngeeeee~~~~

Friday, August 19, 2011

Sambal Lemak Lengkuas / Sambal Tahun

Salam Ramadhan semua...
Anda pernah makan sambal tahun, atau orang berketurunan Jawa memanggil ia sebagai sambal taon. Sambal lemak lengkuas tu, saya sendiri beri nama sebab nak publishkan di sini. Bukan semua mereka yang berkunjung ke sini berketurunan Jawa, kan? Jadi, saya telah mencipta nama Melayunya tersendiri.

Saya tak tahulah kenapa orang Jawa memanggil ia sebagai sambal tahun, atau sambal taon. Mengikut sejarah dulu-dulunya, masakan ini boleh bertahan agak lama, kerana setiap hari mereka akan memanaskan sambil menambah apa2 bahan yang kurang. Andai kurang kerang keesokan harinya, mereka akan menambah kerang, andai kurang lengkuas, lengkuaslah yang akan ditambah. Masakan ini, semakin dipanaskan, ia semakin sebati dan sedap. Kombinasi santan dan lengkuas memang kombinasi yang sangat menyelerakan, sehinggakan kita tidak perasan yang kita akan bertambah nasi. Memang menyelerakan.....

Biasanya, selain kerang, ada juga orang menambah babat lembut (perut lembut yang macam tuala tu...) sebagai bahan utama selain ikan bilis. Tetapi, untuk resepi kali ini, kombinasi yang saya ciptakan agak berlainan sedikit dari yang biasa saya makan di kenduri2 kahwin orang Jawa. Mari lihat resepi saya.....


 Bahan-bahan:

  • 1/2 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 15 biji cili padi - kalau ada cili burung lagi bagus, sebab cili burung lagi pedas dari cili padi biasa tu.
  • Lengkuas - kuantiti ikut suka, krn lagi banyak, lagi sedap - di hiris nipis dan memanjang.
  • 1/2 kerang - direbus, dan diambil isinya
  • 300 gm isi ayam - dipotong dadu
  • 150 gm ikan bilis
  • 3 bungkus tempe - yang berisi dalam daun pisang
  • 2 1/2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • Garam, gula dan bahan perasa (saya gunakan perencah masakan HILAL)


 Cara-cara membuatnya:
- Tumbuk bawang besar dan bawang putih bersama beberapa biji cili padi, ikut kepedasan yang anda suka. Lagi pedas, lagi menyelerakan. Dan cili padi selebihnya, biarkan ia dalam keadalan asal.

- Panaskan sedikit air di dalam kuali, bila air sudah mendidih, masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Kacau rata, masukkan juga kesemua lengkuas yang telah di potong nipis dan memanjang. Biarkan seketika sehingga ia naik bau.

- Masukkan ikan bilis dan isi ayam. Biarkan seketika sehingga ayam masak dengan sempurna.

- Apabila sudah mendidih, masukkan kesemua santan pekat dan santan cair, dan sentiasa di kacau. Masukkan juga kerang. Apabila sudah masak kesemuanya, perasakan dengan garam, gula dan bahan perasa anda. Siap untuk dihidang bersama nasi panas....


Mari zoom sikit, kita lihat isi dalam sambal ini. 
Ada kerang, tempe, lengkuas..... mmmmm, enak sungguh!

Anda yang buka berketurunan Jawa, boleh lah mencuba resepi ini sebagai hidangan kepada keluarga. Tak rugi mencuba, kerana saya jamin, ianya satu masakan yang enak dan lazat. Kalau ada anak2 kecil, m,ungkin boleh kurang cili padi yang ditumbuk, hanya letaka je cili bulat2 tu.... macam yang saya buat. Rumah saya ramai anak kecil, jadi saya tak boleh fikirkan perut saya sendiri. SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, August 17, 2011

Ayam Goreng Halia

Salam Ramadhan ke-17, untuk bulan Ramadhan ni, jarang betul blog ini terupdate. Ntah kenapa, malas betul nak berphoto shoot dengan makanan dan masakan. Ok, demi tak mahu blog ini terus sepi, hari ini saya masak ayam goreng halia sebagai menu sahur keluarga saya.

 Ayam Goreng Halia

Bahan-bahan :
Beberapa ketul ayam - dilumur bersama garam dan kunyit, digoreng dahulu, dan diketepikan seketika
1/2 biji bawang besar - dihirs
5 ulas bawang putih - diketuk
Halia muda - lagi banyak lagi sedap.- di hiris
2 sdb sos tiram
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya :
- Tumis semua bahan yang telah dihiris dan diketuk sehingga naik bau.
- Masukkan sos tiram, kacau rata. Tambahkan sedikit air. Bila sudah agak kering, masukkan ayam goreng tadi. Gaul rata....
- Tak perlu perasakan bersama garam kerana ayam telah pun masin.
- Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

Thursday, August 11, 2011

Biskut Marble Susu Cappucino

Salam Ramadhan ke-11,
Saya sedang mencari aneka biskut / kuih raya sebagai hidangan di hari raya nanti. Saya sudah pun mencuba membuat sejenis biskut. Tapi, biskut ni macam tidak menepati selera suami. Resepi agak ringkas, tapi sedap juga sebab ada rasa cappucinonya.

Kalau mahukan resepi biskut yang ringkas, mungkin boleh mencuba biskut ini.

Biskut Marble Susu Cappucino
Bahan-bahan:
125 gm mentega lembut
95 gm susu pekat
1/2 sdb gula halus
1 3/4 cawan tepung naik sendiri - diayak
1/2 sdk esen vanilla
1 sdb serbuk koko - diayak
1 sdt cappucino emulco 

Cara membuatnya:
- Putar mentega, susu pekat manis, gula dan essen vanilla sehingga sebati
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga boleh dikepal (jika adunan masih melekat teruk, ambil tepung sikit2, dan teruskan menguli. Jangan banyak sgt, nanti biskut jadi keras)
- Bahagikan adunan doh kepad 2 bahagian. Satu bahagian digaul bersama serbuk koko dan emulco cappucino, dan sebahagian lagi biarkan warna asal.
- Gulungkan kedua-dua doh secara berasingan dan memanjang.
- Lekatkan kedua2 doh, dan gulung lagi. Potong doh kepada beberapa bahagian dan bulat-bulatkan sebesar biji guli.
- Susun di atas dulang pembakar, dan leperkan dgn garfu.
- Bakar pada suhu 160darjah celcius selama 10-15 minit atau sehingga garing.

Mungkin lagi enak kalau kita campur aneka kekacang di dalam bancuhan.... hazel ke, almond ke.

Saturday, August 6, 2011

Chicken Floss Bun / Bun Serunding Ayam

Salam Ramadhan Karim....
Sudah masuk 6 hari berpuasa, tak pernah lagi update resepi kat sini. Kali ni, nak share resepi roti dengan semua......

 Chicken Floss Bun


Bahan-bahan :

250 gram tepung roti / tepung berprotien tinggi, diayak 
35 gram gula kaster
1/2  sudu teh) garam
1 sudu teh yis segera
1/2 biji telur, dipukul sedikit
135  ml  susu segar 
 30 gram mentega, dilembutkan

Cara-cara:
Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada
kelajuan perlahan selama 1 minit. Masukkan yis, telur dan air/ susu segar. Putar selama 1 minit pada kelajuan
perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. Masukkan butter dan gaul hingga
sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. 

Bulatkan doh adunan, setiap bahagian 25 gm, dan tutup dengan tuala lembap
yang bersih. Biarkan selama 10 minit. Apabila sudah 10 minit, isi inti di dalam
doh dengan potongan kecil butter. Tutup dengan kemas supaya butter tidak
terkeluar apabila membakar nanti. Susun atas dulang pembakar. Biarkan
seketika selama 45 minit sehingga ia naik kembang.

Bakar doh roti pada suhu 170 darjah celcius, selama 10-15 minit sahaja....


Topping:
1 sdm mayonis
1 sdm susu pekat manis
Chicken Floss / serunding ayam

Apabila sudah selesai membakar, bancuhkan 1 sdm mayonis dan 1 sd makan susu pekat manis. Gaul rata. Sayu mayonis dan susu itu ke atas roti, dan taburkan chicken floss.... Siap untuk di makan.

 Enak di makan begitu sahaja....

 Chicken floss......
Saya beli ni di TwoPly, 1 kg = RM31

Makan begitu saja pun enak.... :-)

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...