Sunday, July 3, 2011

Sup Spiral Mudah

Sesekali makan malam bersama pasta..... saya dan keluarga menggemari pasta. Anak2 saya pula menggemari yang jenis bersup. Melayan permintaan anak2 yang mahu makan pasta spiral, saya membuat sup spiral mudah mengikut tekak anak2 saya. Ala2 orang Melayu gitu..... :-)


Bahan-bahan:
Pasta spiral - direbus, dan diketepikan seketika
1/2 kiub pati ayam
2 ketul isi ayam - bahagian dada dipotong kecil
3 ulas bawang putih - diketuk
1/2 batang lobak merah
1/2 batang daun saleri
2 biji telur
Sedikit minyak bijan
Daun sup dan daun bawang sebagai hiasan

Cara-cara membuatnya:
- Masukkan isi ayam ke dalam kuali yang telah panas. Tumis seketika, dan masukkan bawang putih serta kiub ayam. Tumis lagi sehingga ia naik bau.
- Tambahkan air dalam kuali mengikut banyak mana yang kita suka. Biarkan ia mendidih seketika. Sementara itu, potong lobak merah dan daun saleri, dan masukkan ke dalam kuali.
- Apabila kuah sudah mendidih, pecahkan telur ke dalam kuali, masukkan pasta spiral tadi. Biarkan seketika.
- Perasakan dengan garam dan gula. Sebelum tutup api, titikkan 3-4 titik minyak bijan.
Nota: Boleh tambah cili padi jika suka. Saya tak tambah sebab anak2.

 Sebagai penambah selera orang dewasa, taburkan dengan serbuk hot chili.... atau lada sulah.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...