Sunday, July 3, 2011

Sup Ayam + Lengkuas

Kadang-kadang hilang idea mahu masak apa dengan daging ayam. Jemu dah asyik memasak menu yang sama, ulang2 tu je setiap minggu. Biasa buat sup biasa tu, tapi kali ni saja la ubah sikit selera tekak ikut resepi dari kotak kiub ayam. Buntu sangat waktu  tu.... Maka, terhasillah Sup Ayam + Lengkuas. Ok jugak rasanya... Makan dengan nasi, sambil gigit sekali lengkuasnya..... Sedap!

 Sup ayam dengan lengkuas

Bahan-bahan:
1.5 liter air
1 ketul kiub pati ayam 
300 gm isi ayam
4 cm lengkuas - dibuang kulit dan dipotong nipis
5-6 biji cili padi (saya guna cili besar hijau jer)
1/4 cawan santan
2 sdb sos ikan
1 sdb jus limau nipis
1 sdb gula (saya letak 1/2 sdb je)
sedikit garam

Cara memasaknya:
- Masukkan air ke dalam periuk, didihkan ia. Masukkan kiub pati ayam dan isi ayam. Biarkan isi ayam masak dan empuk.
- Apabila sudah mendidih dan ayam empuk, masukkan lengkuas, biarkan ia 5 minit.
- Apabila sudah menggelegak, masukkan cili padi, santan dan gula. Tunggu ia mendidih lagi.
- Masukkan sos ikan dan jus limau nipis. Angkat dan hidang segera. Hiaskan dengan daun ketumbar. (Saya hias guna daun sup jer)


 Kiub pati ayam.... jarang pun membelinya. Kebetulan pula ada benda ni.

Resepi belakang kotak... sesekali ubah selera.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...