Monday, June 20, 2011

Yee Mee Berkuah

Beberapa hari tak update resepi, saya balik kampung hujung minggu baru ni.
Balik sini malam Ahad, komputer pulak tiba2 macam ada jin... Hehehe...
Dan hari Ahadnya, saya macam tak berapa sihat pulak nak masak2.... So, banyak suami yang take over bab bab di dapur. Terima kasih ye, bang!

Yee mee berkuah ni, dah lama dah suami masakkan untuk saya, tapi, baru teringat nak publish.

Bahan-bahan :
2 atau 3 sanggul Yee Mee kering
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Cili kering (terpulang nak banyak mana)
Stok ayam
Isi ayam
2 sudu besar sos tiram
6-7 biji cendawan shitake
5 sudu besar kicap pekat
Sayuran (pak choy, carrot, atau kobis bunga - terpulang pada anda nak letak atau tidak)
1 sudu kecil tepung jagung - untuk pekatkan kuah
Bahan perasa (garam dan gula)
Telur
Sedikit minyak bijan


cara membuat yee mee berkuah:
- tumis bawang putihhalia dan cili kering. (gambo saya tu tak de cili kering, sebab masa tu gunakan apa yg ada kat rumah je)
- dah naik bau, masukkan stok ayam, dgn ayam2 sekali...
- masukan cendawan shitake (org panggil cendawan petai,kan?) saya beli yg kering, pastu rebus kejap dgn air panas.
- bubuh sos tiram sikit, dan bubuh jugak kicap pekat.
- sayur boleh masuk mcm jenis, pak choy ke, carrot ke, sawi ke, cauliflower ker....yg penting ada cendawan shitake.
- dah gelegak, bancuh tepung jagung (dlm satu sudu ke) dgn air, dan siram atas kuah tadi. kacau.... jgn lupa, sebelum tu perasakan dgn garam dan gula sikit. pecahkan telur. (telur tu biar masak2 lembik, baru best!)
- kalau ada minyak bijan, titiskan beberapa titis.
- dan akhir sekali simbahkan kuah yg pekat tu atas yee mee tu...
kalau ada pot sizzling tu, alangkah bestnya...baru ada uuummmpphhhh!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...