Tuesday, June 7, 2011

Pasta Elbow Sup Berkrim


Bahan-bahan:
Pasta Elbow - direbus sehingga lembut. Nak guna pasta lain pun ok.

Isi ayam - dicincang (sukatan ikut suka berapa banyak mahu guna)
3 ulas bawang putih - dicincang
1/2 biji bawang besar - dihiris
Sedikit mentega
1 tin cendawan butang - dipotong nipis
3 sudu besar tepung gandum
Air putih secukupnya
2 cawan susu segar
1/2 ketul kiub ayam
Garam dan gula
Lada sulah

Cara memasak:
1. Panaskan mentega dalam periuk dengan api perlahan sehingga mentega cair.
2. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis hingga layu.
3. Masukkan isi ayam dan cendawan, kacau sehingga ayam masak.
4. Masuk tepung gandum, dan kacau sehingga kuning.
5. Masukkan air sedikit demi sedikit, dan kacau selalu supaya tepung tidak berketul. Biarkan mendidih.
6. Tutup api, dan biarkan ia sejuk seketika. Bila dah sejuk, kisar semua bahan yang telah dimasak tadi, tapi jangan terlalu halus.
7. Masukkan semula kesemua bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk dan masak semula di atas api yang perlahan.
8. Masukkan susu segar, kiub ayam dan semua bahan perasa, lada sulah..... Kacau dan biarkan ia mendidih seketika. Hidangkan bersama pasta elbow tadi.

Hidangkan juga bersama Bebola Ayam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...