Sunday, June 12, 2011

Kuih Gertas

Saya tak tahu nama kuih ni apa. Tapi, kata MIL saya, orang Melayu panggil kuih gertas. Dalam bahasa Jawa, ia dipanggil kuih kemplang. Pelik,kan namanya? Ini kuih orang lama, saya suka rasanya yang liat2 lembut... Sedap. Nak2 pulak ada rasa lemak masin di dalam dan manis di luar.


Bahan-bahan :
2 cawan tepung pulut
2 cawan tepung gandum
1 cawan nasi - dikisar bersama 1/2 cawan air sehingga halus
Sedikit kelapa parut
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara-cara membuat :
- Satukan semua bahan dalam mangkuk. Kalau air dari kisaran nasi tadi masih tidak cukup, boleh tambah sikit-sikit. Uli adunan sehingga boleh membentuk. Bentukkan ia ikut seperti kehendak kita.

- Perap doh yang telah dibentuk dalam 1/2 - 1 jam. Tujuan perapan adalah, supaya ketika kita menggoreng kuih ini ia tidak meletup2 di dalam kuali. Kalau terus digoreng, kita akan dapati kuih tersebut meletup kerana adanya tepung pulut.

- Goreng kuih dalam minyak yang panas.

- Selepas digoreng, boleh disira kuih seperti mana kita menyira kuih keria.

- Cara menyira kuih : Masukkan sedikit air dalam kuali, dalam 1/2 cawan, dan masukkan 3-4 sudu besar gula. Masak sehingga air gula kelihatan berbuih dan likat. Kemudian, masukkan kesemua kuih yang telah digoreng. Gaulkan ia dengan pantas. Terus tutup api, dan teruskan menggaul kuih sehingga gula tadi kering dan melekat pada kuih.



Selamat mencuba resepi kuih warisan lama :-)

2 comments:

  1. kuih org jawa?? hehe..mak saya pun suka buat kuih ni...sedap kalau dapat yg tebal mcm kak fiza buat tu..

    ReplyDelete
  2. ramizah,
    akak pun suka...suami akak je kurang gemar. ni buat pun akak dgn anak2 je makan....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...