Saturday, June 11, 2011

Ayam Percik Ala Satay

Pertama kali buat.... hasil, memang superb!
Thum up for me and my hubby... Heheheh!

 Ayam Percik Ala Satay

Bahan utama :
1/2 ekor ayam - dipotong 5 atau 6 bahagian kecil

Bahan perapan:
1 biji bawang besar
1 labu bawang putih
2 inci halia
10 batang serai
- semua bahan di atas dikisar sehingga halus
1 sudu kecil garam
6 sudu besar gula
4 sudu besar cili boh

Cara-caranya :
-Gaulkan semua bahan bersama ayam, dan perap selama 1 jam. Lagi lama lagi sedap. Saya perap 1/2 jam pun dah best sangat rasanya.....

- Bakar dengan menggunakan arang seperti mana membakar satay.... nak bakar guna oven pun boleh. Tapi rasanya tak kan sama dengan ayam percik. Kalau dengan oven, lebih kepada rasa ayam bakar.

- Bila sudah selesai membakar ayam, bahan2 untuk perapan ayam tadi, jangan dibuang. Masak seketika di dalam kuali untuk dijadikan kuah. Tambah sedikit minyak jagung. Masak sehingga kuah menjadi pekat.

- Setelah masak, tuangkan kuah tadi atas ayam yang sudah dibakar. Hidangkan pada keluarga dengan penuh rasa kasih sayang :-)

 Hidangan untuk satu keluarga... cukup-cukup je.

Sangat sedap, kalah ayam percik pasar malam!

6 comments:

  1. sedapnya. kena tunggu balik kampung baru boleh buat. duk umah flat susah ckit nak bakar guna arang.

    ReplyDelete
  2. kak misza,
    kalau nak membakar guna arang, mmg renyah sikit. tak pe, tunggu balik kg bolhe try...

    ReplyDelete
  3. Mis jelita, ada arang yang x de asap...hehehe
    best fiza jelita...tahniahhh

    ReplyDelete
  4. kak melur jelita,
    apa maksudnya, arang tak de asap? ada ke? hehehhe

    ReplyDelete
  5. Wah, sungguh menyelerakan! Kat rumah tak boleh nak bakar dengan arang. nampak sangat sedaplah. terliur!

    ReplyDelete
  6. idazs,
    kalau dok rumah mcm akak, boleh la bakar pakai arang. tak pe, guna oven biasa pun ok gak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...