Sunday, May 29, 2011

Nasi Ayam Umisofie

Resepi ini dah lama saya tepek kat blog saya yang sana. Tapi, baru ni teringat nak tepek sini. 

 bahan untuk nasi:
  • 4 pot beras (basuh beras hingga bersih)
  • air rebusan ayam
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1/2 inci halia (diketuk)
  • sebatang kulit kayu manis
  • 4 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan
  • sesudu butter (untuk menumis) nak gunakan margerin pun boleh. minyak pun boleh.
caranya:
  • tumis bawang merah, bawang putih, halia dan kulit kayu manis bersama butter hingga naik bau.
  • masukkan air rebusan ayam sebanyak mana yang diperlukan (mengikut kuantiti pot beras anda).
  • masukkan beras. kacau....
  • kemudian, masukkan susu pekat, garam dan daun pandan. kacau seketika, dan tutup periuk nasi. biarkan sehingga nasi masak dengan sendirinya. yang gunakan periuk nasi biasa, kena jaga2, takut nasi hangit pula!
Nasi yang baru dimasak..... 

bahan untuk ayam :

  • seekor ayam (sederhana kecil-tak besar sangat, tak kecil sangat) - ayam direbus dulu. kemudian toskan airnya. air rebusan ayam ni digunakan untuk masak nasi tadi.
  • sos tiram
  • kicap pekat
  • madu
caranya:

  • selepas ayam ditoskan airnya, lumurkan ayam tadi dengan sos tiram, sedikit kicap pekat dan sedikit madu. kemudian, ayam tadi dibakar dalam oven.
sup ayam sediakan seperti mana yang anda biasa sediakan.

ok, sekarang mari kita lihat bahan-bahan untuk membuat cili dan kicap.

bahan untuk membuat cili:

  • 5-6 tangkai cili merah - dibuang biji tau!
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar sos ikan
caranya:
  • cili merah, bawang putih, gula dan halia dikisar halus bersama sedikit air. kemudian, tuangkan hasil kisaran dalam sebuah mangkuk, dan campurkan cuka dan sos ikan. kacau rata.
bahan untuk membuat kicap:
  • seulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • kicap pekat
  • sos tiram
  • sedikit sup
  • tepung jagung-untuk pekatkan kicap
caranya:
  • masukkan sesenduk air sup ayam ke dalam periuk kecil. bila dah mendidih, masukkan bawang putih yang telah diketuk. masukkan halia sekali. biarkan ia mendidih. kemudian, masukkan sos tiram anggaran dalam 5-6 sudu besar, dan kicap pekat juga dalam 5-6 sudu besar. kacau rata. pekatkan dengan sedikit bancuhan tepung jagung. siap....
ok, setelah semuanya selesai, bolehlah dihidangkan sepertimana gambar pertama di atas tadi. hiaskan dengan salad, timun dan tomato.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...