Sunday, May 29, 2011

Ikan Keli Masak Lemak Cekur

Saya sekeluarga peminat ikan keli. Kalau boleh setiap miggu mesti nak beli ikan keli. Masakan yang biasa dimasak untuk ikan keli selain sambal dan goreng begitu je, saya gemar masak ini....

Ikan Keli Masak Lemak Cekur
 Bahan2
  • Ikan keli - dibakar terlebih dahulu. kalau nak goreng pun boleh. Saya goreng je, sebab malas bakar.
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 8 tangkai cili padi
  • 5 atau 6 biji cekur - saya punya cekur saiznya agak kecil.
  • sedikit kunyit hidup
  • santan
  • 4-5 helai daun limau purut
  • 10 helai daun cekur - dihiris halus
  • garam dan gula secukup rasa
Cara memasaknya :

  • Ketepikan dahulu ikan keli yang telah dibakar/digoreng tadi.
  • Tumbuk halus bawang merah, bawang putih, cili padi, cekur dan kunyit hidup.
  • Didihkan sedikit air dalam periuk, dan masukan bahan yang ditumbuk. Rebus sehingga naik bau.
  • Bila dah agak mendidih, masukkan santan dan daun limau purut.
  • Kemudian masukkan ikan keli tadi.
  • Akhir sekali masukkan hirisan daun cekur dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  • Siap dihidang....
Bagi yang tak kenal apa itu cekur, sila lihat gambar yang saya snap ni.....

Daun cekur dan ubinya

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...