Wednesday, March 30, 2011

Kek Pisang Kukus

Percubaan pertama berhasil, alhamdulillah. Menurut tuan punya resepi, ini apam pisang. Tapi bagi saya, ini lebih kepada kek pisang. Apa pun terima kasih kepada empunya resepi, Mat Gebu atas perkongsian resepi yang penuh bermakna ini. http://tiffinbiru.blogspot.com/2010/02/apam-pisang-ii.html

Kek Pisang Kukus
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (saya gunakan pisang berangan masak)
3/4 cawan gula halus (saya guna gula pasir biasa je)
4 biji telur
3/4 cawan mentega cair
1 camca teh baking powder
1 camca teh soda bikarbonat (saya guna 1/2 camca teh saja)
1/4 camca teh esen pisang

Caranya:
1. Panaskan air dalam kukusan, balut penutup dengan tuala yang bersih. Lenserkan bekas dengan sedikit mentega.
2. Gaul tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian ayak.
3. Lecek pisang hingga hancur....
4. Dalam satu bekas lain satukan telur, gula dan mentega cair. Pukul sehingga gula kembang, masukkan pisang lecek, dan gaul rata.
5. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga sebati.
6. Masukkan esen pisang, kacau rata, dan tuang ke dalam bekas tadi. Kukus selama 40-50minit.

Tuesday, March 15, 2011

Hasil Keledek

Kuih Keria
Bahan-bahan :
1 kg ubi keledek - di rebus sehingga lembut, dan dilenyek lumat
sedikit garam
3 cawan tepung gandum

Cara membuatnya:
Setelah keledek dilenyek lumat, gaulkan bersama tepung gandum sedikit demi sedikit. Jangan lupa sedikit garam tadi. Gaul rata, dan bentukkan ia.
Goreng, dan sirakan dengan gula.

Cucur Badak

Cara yang sama dengan membuat kuih keria, cuma masukan inti ke dalam doh kuih. Dan goreng macam biasa.
Cara membuat inti :
Kelapa
Bawang merah
Bawang putih
sedikit halia
sedikit cili boh
udang kering
serai - dicincang
bahan perasa
- Semua bahan dikisar halus kecuali kelapa.
- Masukan sedikit minyak ke dalam kuali, dan tumis bahan kisaran, kemudia masukan kelapa tadi.
- Kacau rata, sehingga inti ini masak. Perasakan dengan garam dan gula.

Monday, March 14, 2011

Kuih Cara Kaya

Dah terlampau lama tak update resepi yang ingin disimpan..... rentetan masalah teknikal yang tak boleh dielakkan. Akhirnya, hidup juga blog ini.....

Nak simpan satu lagi resepi di sini.....  kuih tradisional, iaitu kuih cara. Biasanya digunakan gula sebagai perasa, atau pun lauk-pauk. Kali ini saya telah mengubah sedikit rasa kuih cara ini. Iaitu, inti kaya.

Kuih Cara Kaya
 Bahan-bahan:
3 helai daun pandan (dikisar bersama 1 cawan air)
2 cawan tepung gandum
2 cawan air ( air yang ini dicampur dengan air kisaran daun pandan tadi, menjadi 3 cawan semuanya)
1 cawan santan (saya gunakan santan serbuk je, 1 paket)
1 biji telur
sedikit pewarna hijau
sedikit serbuk penaik - optional
Kaya sebagai inti

Cara membuatnya:
1. Tapis air pandan yang telah dikisar
2. Campurkan semua bahan dalam sebuah mangkuk, dan pukul sehingga semuanya sebati. Nak gunakan blender pun boleh, nak guna mixer pun boleh.
3. Tapis bancuhan ke dalam sebuah jag. Saya gunakan jag sebab senang nak tuang dalan acuan ketika masak nanti. Campurkan sedikit minyak masak supaya kuih nanti tak melekat pada acuan.
4. Tuangkan bancuhan sedikit dalam acuan cara, dan letakan inti kaya. Saya telah masukkan kaya ke dalam plastik, dan gunting sedikit bahagian bucu plastik, dan hanya picit inti kaya ke dalam kuih tadi. Ingat, letakkan inti ketika kuih ini masih cair!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...