Sunday, December 12, 2010

Kuih Kasuwi

Ini resepi makcik suami saya, dan saya telah beberapa kali mencubanya.


Kuih Kasuwi sebelom dipotong


Setelah dipotong dan disalut kelapa
Bahan-bahan untuk membuat kuih ini:

4 cawan air
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
2 cawan gula merah
2 sd susu pekat
kelapa utk digaul bersama.

Caranya:

A. bancuhkan 2 cawan air bersama tepung gandum dan tepung ubi. kacau sebati.
B. panaskan 2 cawan gula merah bersama 2 cawan air. kacau sampai gula merah hancur.
- campurkan bahan A dan bahan B dalam satu bekas, kacau rata.
- masukkan susu pekat, dan kacau lagi.
- tapiskan dalam loyang, dan kukus selama 15-20 minit.
bila dah masak, sejukkan, potong ikut suka dan gaul bersama kelapa yg dah dicampurkan dengan secubit garam.

jangan lupa membaca Bismillah sebelum makan.....

1 comment:

  1. wah kueh ni saya suke.. simple lak tu nak buatnye.. boleh cube ni kalau abang long dah besar sikit.. hikhikhik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...