Sunday, December 12, 2010

Donat resepi MIL

Ada permintaan dari Kak Ieda, minta saya masukkan resepi donat. Ini sebenarnya resepi MIL saya. Saya juga pernah memuatkan resepi ni dalam cerita umisofie.

Siram coklat, salut gula.
Salut gula je pun enak
Bahan-bahannya:
  • 2 cawan tepung gandum
  • Yis basah - direndam dengan 250ml(lebih kurang) air suam bersama sedikit garam (sukatan untuk yis ni saya tak pandai nak sukat, sbb timbang saya dah rosak,  jadi saya agak2 je)
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar susu pekat manis
Cara-caranya:
  • Campurkan tepung bersama marjerin, sebatikan (dengan tangan tau!)
  • Masukkan susu pekat manis, sebatikan lagi.
  • Lepas yis dah cair, masukkan air rendaman yis tadi. Biar air terlebih sikit,tak mengapa dan gaulkan. Memang bancuhan akan sedikit melekat kat tangan, gaul lagi, letakkan tepung sikit-sikit, sampai bancuhan boleh didoh. 
  • Petua nak bagi donat tu lembut : masa buat doh tu, bancuhan tu jangan terlalu byk tepung. Biarkan ia melekat2 kat tangan tu. Masa ni, kena banyak bermain dengan tepung, ambil tepung tu sikit2 la.... (faham tak bahasa saya ni... sah!umisofie ni memang tak boleh keluarkan buku resepi,kan?) Jangan terlebih tepung ye, nanti donat dah sejuk akan keras dan liat!!!
  • Pastu, terap sikit2 (macam kita nak terap biskut raya tu, tapi tak yah la guna penggelek tepung. Gunakan tangan je. Sebab nak terap sikit je) dan acukan dengan mulut cawan yg kecik. Sebab donat akan membesar..... dah naik sikit, lubangkan tengah (saya gunakan buku benang untuk menghasilkan lubang tengah)
  • Goreng la donat tu..... dah siap goreng tu, letak la coklat ke, gula ke.....
Goreng separuh untuk frozen, dah sejuk masuk peti  sejuk

Home-made Apam Balik

Saya dapat resepi apam balik dari ruangan diskusi di Ratuhati.com, diilhamkan dari adik Lady of Leisure, dan resepi ini ada juga dalam blognya. Sila klik SINI. Ini hasil tangan saya dan suami:

Apam balik dalam pan lagi
Dah siap untuk dimakan
Bahan2:
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 ½ cawan air
Sedikit mentega untuk mengoles
Bahan tabur: gula, kacang tanah yang sudah dikisar, jagung manis serta sedikit butter


Cara membuatnya:

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!
p/s: Lady punya apam balik lagi cun la.... Kredit untuk Lady!

Kuih Kasuwi

Ini resepi makcik suami saya, dan saya telah beberapa kali mencubanya.


Kuih Kasuwi sebelom dipotong


Setelah dipotong dan disalut kelapa
Bahan-bahan untuk membuat kuih ini:

4 cawan air
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
2 cawan gula merah
2 sd susu pekat
kelapa utk digaul bersama.

Caranya:

A. bancuhkan 2 cawan air bersama tepung gandum dan tepung ubi. kacau sebati.
B. panaskan 2 cawan gula merah bersama 2 cawan air. kacau sampai gula merah hancur.
- campurkan bahan A dan bahan B dalam satu bekas, kacau rata.
- masukkan susu pekat, dan kacau lagi.
- tapiskan dalam loyang, dan kukus selama 15-20 minit.
bila dah masak, sejukkan, potong ikut suka dan gaul bersama kelapa yg dah dicampurkan dengan secubit garam.

jangan lupa membaca Bismillah sebelum makan.....

Mee Bakso

Salam harmoni,
Hari ni, nak kongsi resepi mee bakso. Resepi asal saya dapat dari internet, cumanya minta maaflah, saya tak ingat di mana saya ambil. Untuk resepi ini, saya ada ubah2 sikit bahan2nya.

Mee Bakso
Bahan-bahan
Mee kering Cintan - 4 keping - direbus (resepi asal guna Mee hoon)
Taugeh - dicelur
Sawi - dicelur
*resepi asal tak guna sawi, dia guna kobis yang dihiris nipis
Limau kasturi - sebagai penambah perasa

Untuk Bebola Daging
Untuk menghasilkan bakso yang superb, bebola daging WAJIB ada ye.
400gm daging cincang (saya guna Pak Mely punya. Jenama Ramly la)
*2 biji bawang merah
*2 biji bawang putihuk.
(Resepi asal diracik halus sahaja. Tapi saya suka tumbuk)
1 biji telur
1 sudu kecil tepung ubi (tiada tepung ubi, boleh guna tepung jagung)

Untuk Kuah Bakso
3 biji bawang merah dihiris
*3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1 sudu kecil lada putih
(bahan yang bertanda * ditumbuk halus)
1 batang serai - diketuk
1 ketul kiub ayam
sedikit serbuk lada sulah
garam dan perasa

Cili Kicap
Cili padi - dicelur dengan air panas
Sedikit gula
Cuka
Kicap

Cara Membuat
Untuk kuah
1. Tumis bawang merah yang dihiris sehingga kekuningan, dan masukkan bahan yang ditumbuk (3 bahan yang bertanda *), tumis hingga garing dan naik bau yang enak. Masukan serai.
2. Kemudian masukan air. Masukan juga kiub ayam, serbuk lada sulah, garam serta perasa. Sementara menunggu sup tu mendidih, boleh buat bebola.

Untuk Bebola
Gaulkan semua bahan untuk bebola daging tu dalam mangkuk, kemudian bentukan ia seperti bola mengikut saiz yang kita mahu. Bila air sup tadi sedikit mendidih, terus masukan bebola dalam sup. Bebola yang sudah masak aka timbul dipermukaan sup. Angkat bebola, dan asingkan dalam mangkuk lain. Jangan terlalu lama bebola dalam sup yang mendidih kerana ia akan keras.

Untuk Cili
1.Tumbuk cili padi yang telah di celur bersama sedikit gula
2.Tambah kicap dan sedikit cuka dalam cili tersebut

Cara Menghidang
Letak mee yang telah direbus, letak togeh, sawi dan bebola daging. Kemudian tuang kuah. Hiaskan dengan sedikit daun sup dan daun bawang serta bawang goreng. Perahkan dengan limau kasturi dan sedikit kicap. Siap untuk dimakan.......

Bebola Daging

Apam Gula Hangus (I)

Apam gula hangus setelah dipotong

Bahan
100gm gula + 100ml air = masak, dijadikan gula hangus

70 gm buttet (dicairkan)
75 ml susu cair
2 biji telur ( dipukul. saiz telur saya kecil. kalau saiz telur besar, gunakan sebiji dah cukup)
150 gm tepung gandum (diayak)
1 sdt soda bikarbonat
secubit garam
50 gm gula

Cara
- Masukan butter, susu cair da telur ke dalam gula hangus dalam satu bekas
- Dalam mangkuk lain, ayak tepung dan soda, masukan garam dan gula juga.
- Gaul rata.
- Masukan campuran gula hangus tadi ke dalam bancuhan tepung. Kacau sebati.
- Masukan dalam acuan yang telah digris.
- Kukus selama 30 minit, atau sehingga masak.

Puding Roti Bersos Kastard

Baru try resepi ini beberapa hari lepas....


Bahan2 puding roti:
1 buku roti ( saya guna roti Gardenia )
1 tin susu sejat F&N
3 sudu besar mentega
1 cawan gula
1 biji telur
1 kotak kecil kismis ( sebagai hiasan )

Cara membuatnya:
- Kisarkan mentega bersama gula sehingga kembang. ( Saya gunakan blender je, sebab tiada mixer).
- Kemudian, pecahkan telur, dan kisar lagi.
- Masukkan setengah tin susu cair, dan kisar lagi.
- Koyak2kan sebahagian roti, kisar lagi sehingga roti hancur. Dan teruskan koyak roti sehingga habis sambil selang2kan dgn menuang lebihan susu sejat.
- Griskan loyang, dan tuang adunan tadi ke dalam loyang.
- Taburkan dengan kismis, dan pastikan kismis tenggelam.
- Kemudian bakar adunan pada suhu 175 darjah celcius, selama 30 minit, atau sehingga masak.

Bahan Sos Kastard
1 tin susu sejat F&N
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula

Cara membuatnya:
- Satukan semua bahan, dan masak di atas api yang perlahan. Sentiasa dikacau, sehingga masak. Sebentar saja tau!
- Kemuadian, tuangkan di atas puding roti yang telah siap tadi.

Saturday, December 11, 2010

Kek Coklat Hitam Kukus

Untuk permulaan, saya ingin berkongsi satu resepi kek yang saya sudah mencubanya. Kek ini sangat2 lembap dan lembut. Sedap, rasa pun kurang manis.... Saya juga pernah kongsikan resepi ini di cerita umisofie.

Bahan2:

2 cawan tepung gandum 
1 cawan serbuk koko
1 sdk bikarbonat soda

*semua bahan2 ni diayak...

3 biji telur

2 cawan gula (saya kurangkan sikit, jadi 1 3/4 cawan jer)

1 cawan Milo (saya gunakan minuman koko)

1 cawan minyak jagung (nak guna minyak masak pun boleh)

1 1/4 cawan air + 3 sudu besar susu pekat



Cara Membuatnya:

- Tepung, serbuk koko dan bikarbonat soda diayak terlebih dahulu, dan asingkan.

- Pukul telur dan gula (saya pukul guna cara tradisional sebab tak ada mixer, penat weeee, excercise tangan sungguh!)

- Bila gula dah kembang, masukan campuran air dengan susu pekat, kacau hingga gula betul2 hancur. (sekali lagi tangan ni excercise!)

- Kemudian, masukan bahan2 yang sudah diayak, dan kacau rata.

- Masukan Milo dan minyak masak, kacau rata lagi.

- Bancuhan dah rata, masukan bancuhan ke dalam loyang.

- Bancuh 1/4 cawan Milo dengan 3 sudu air, dan tuangkan bancuhan Milo ini ke atas bancuhan tepung tadi.

*sebelum masukan bancuhan tepung dalam loyang, panaskan loyang terlebih dahulu (kukus).
- Kukus bancuhan kek antara 1 jam atau sehingga masak. Saya kukus 1 jam 30 minit.

- Nak tahu masak ke tidak, cucuk dengan lidi. Kalau lidi tu bersih je masa di tarik keluar, maknanya kek sudah masak.

- senang yang amat mahu buat kek ini yer.... Selamat Mencuba!

Mukadimah Bicara

Assalamualaikum....

Sudah lama saya berhasrat mahu mencipta satu blog yang menyimpan segala macam resepi, sama ada resepi itu saya pernah membuatnya atau belum mencubanya. Saya suka mencuba resepi2 baru, andai ada terjumpa resepi masakan yang menarik sama ada di internet atau di majalah, saya sangat gemar mencuba. Masakan itu menjadi atau tidak, belakang kira. Yang penting, cuba!

Dan, saya juga akan berikan kredit pada link2 di mana2 saya mangambil resepi tersebut.

Sekadar bicara pendek untuk permulaan entry, terimalah halaman ini seadanya.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...